Jumaat, 2 April 2010

andai aku seorang pejuang

Andai aku seorang pejuang

Kenapa aku masih disini

Tidak kemana-mana

Sedangkan aku boleh kemana sahaja

Untuk membina kemenangan

Andai aku seorang pendidik

Kenapa aku tidak terjaga

Dan masih lena dibuai mimpi

Hati membebani rasa aneh

Tidak ingin menghampiri

Hati-hati yang ingin dibelai

Andai aku seorang isteri

Kenapa aku masih meragui

Kejujuran seorang suami

Sedang aku bukan sempurna mana

Dimata insan yang bergelar suami

Masih terkapar-kapar dibayangi impi

Yang terdapar sepi disudut hati

Mencari sepi yang masih belum terisi

Mencari diri untuk dikenali

Mencari hakiki yang menjauh pergi

Mencari harga diri yang hilang

Kerana diri yang egois

Kerana hati terlalu keras

Kerana diri tidak tulus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan