Rabu, 14 April 2010

kerana ukhwah

Kerana ukhwah itu

Kerana ukhwah itu …..

Telah membuat hatiku

Makin terasa pilu

Bila ada sahabatku

Makin jauh dengankua

Kerana itu aku bertanya selalu

Kerana ukhwah itu….

apa jua yang terjadi pada dirimu

membuatkan aku resah tidak menentu

kerana bimbang keadaanmu

walaupun kau tidak tahu

tapi hatiku yang berkata begitu

keranan ukhwah itu….

Membuat diriku

Terikat dengan dirimu

Rindu datang bila kau tiada didepan mataku

Jiwaku kasih padamu

Hatiku sayang selalu

Semuanya kerana Allah yang Satu

Kerana ukhwah itu…..

Kubuang benci yang menjadi dedalu

Yang menumpang didahan hatiku

Kerana kutahu ia akan membakar ukhwah itu

Marahku padamu

Tanda kusayang padamu

Ketahuilah sahabatku

Kau akan tetap dihatiku

Kerana ukhwah itu…..

Kita bersatu hati jiwa dan raga

Membawa satu panji atas nama agama

Keperitan pasti kan dilalui bersama

Tanpa ada rungutan dan rintih derita

Kerana satu matlamat

Dengan satu perjuangan

Membawa kemenangan dalam agama Islam

Dibawah rimbunan keredhaanNya

Pasrah segala dengan takdir dariNya

mencari cinta

Cinta? Apa sebenarnya cinta itu. Adakah kerana cinta perlu dikorbankan semuanya. Seringkali insan itu menilai cinta dengan berpandukan nafsu, tanpa mengira baik atau buruk dilakukan juga hanya kerana satu ungkapan iaitu cinta. Sedar tidak sedar diri terhumban kelembah yang cukup jijik untuk diduduki. Kehinaan menjalari disetiap kehidupan, tiada lagi pandangan kasih, yang ada hanya pandangan sinis menunjukkan rasa tidak senang hati. Cinta sejati mesti dicari, tapi dimana? Aku tidak mahu lagi terjebak dengan cinta yang merosakkan diri dan hatiku. Hanya satu cinta yang boleh membawa aku kebahagiaan dan ketenangan. Namun hingga kini aku masih keliru dan sangsi malah aku kebingungan dengan nilaian cinta yang kucari tapi tidak ditemui. Haruskah aku memilih antara cinta-cinta yang ada didunia ini atau aku hanya perlu menyintai semuanya? Entahlah..

Setiap hari aku memikirkan perkara ini, semalam aku bermimpi tentang seseorang yang ingin memberikan cintanya padaku, tapi aku menolaknya. Apa makna mimpi itu, adakah mimpi itu memberi tanda bahawa aku tidak boleh menerima cinta pada masa sekarang. Tapi aku memerlukan cinta untuk meneruskan hidup ini, hidup ini terasa amat sunyi tanpa cinta. Lalu bagaimana harus aku mencari cinta sedangkan aku masih dalam belengu kekeliruan, aku takut aku tersalah jalan, tarsalah tingkah dalam menyatakan cinta ku. Aku pernah bertanya pada diriku, adakah aku cinta pada orang yang berada disekelilingku. Jawapannya ya! Aku memang sayang dan cinta pada mereka. Tapi apa yang aku cari mengenai cinta adalah cinta yang lain dari yang lain, apakah cinta itu boleh menjadi milikku atau sebaliknya aku tidak tahu. Apapun akan kuteruskan mencari cinta yang boleh membawa aku pada ketenangan hati dan jiwa.

Hari ini aku mengunjungi rumah Allah untuk berbuka puasa. Sudah menjadi rutin kehidupanku untuk berpuasa sunat isnin dan khamis. Masjid ditempat aku menyediakan juadah berbuka, semuanya kerana usaha beberapa orang insane yang begitu prihatin akan kepentingan puasa sunat isnin dan khamis. Selepas berbuka aku mengadap Allah dengan penuh ketenangan, syukur dengan pemberian rezeki yang melimpah ruah. Kemudian surah yassin dialunkan bersama-sama. Hari ini pengunjung rumah Allah tidak begitu ramai mungkin mereka yang lain sibuk dengan urusan keduniaan. Seusai solat isyak dan mengaminkan doa aku bersalaman dengan makmun yang lain dan melangkah kaki meninggalkan rumah Allah itu untuk pulang kerumah.

Cintaku pada Allah telah terluah dengan sujud padanya. Cuma satu yang aku gagal lakukan iaitu untuk khusyuk sepenuhnya semasa mengadap Allah. Entah mengapa hadir lagi persoalan cinta ketika mengadap Allah. Macam-macam andaian timbul mengenai cinta. Bayangan demi bayangan muncul dibenak fikiranku sehingga aku gagal mengawal hatiku. Kenangan lalu muncul dengan pelbagai warna. Ada senyuman dan tangisan, aku merenung kembali hidupku yang lalu. Cukup segalanya, aku rasakan tiada yang kurang dalam hidupku, mungkin juga aku kekurangan kasih sayang sehingga aku rasa kesunyian.

Dengan kesunyian yang yang bertamu dilubuk jiwaku aku menjadi tidak keruan, banyak waktu yang hilang dek kerana terlalu banyak khayalan mengenai cinta. Cita-citaku yang masih malap dipandangan aku tinggalkan kerana aku begitu mengambil berat tentang cinta yang aku cari. Masih belum ketemu! Bagaimana harus aku lakukan, perlukah aku teruskan pencarian tentang cinta atau aku hanya perlu tunggu dan lihat. Ah! Mana boleh menunggu bulan jatuh keriba, aku harus berusaha mendapatkannya. Tapi bagaimana? Aku hanya seorang muslimah, bukan muslimin. Muslimah dipenuhi dengan rasa malu. Hanya doa yang mampu kupohon moga cinta yang kucari bukan cinta palsu yang memusnahkan diriku sendiri nanti. Sukarnya mencari cinta sejati yang menyinta dan dicintai hanya kerana Allah yang satu. Aku tidak ingin menyinta orang yang tidak cintakan Allah. Biar cinta yang semai hanya kerana Allah semata. Aku tak mahu nafsu cinta dimiliki oleh nafsu lawwamah, biar nafsu mutmainnah yang memandu cintaku nanti.

Aku mengunjungi sebuah gedung pasaraya dengan tujuan untuk membeli keperluan. Sambil berlegar-legar diruangan makanan aku melihat gelagat manusia yang membeli , ada yang penuh satu raga membeli makanan, tak taulah stok untuk berapa hari?! Aku pula memilih untuk membeli biskut, roti dan sedikit makanan ringan yang lain. Cukuplah untuk seminggu. Aku sebenarnya bukan seorang yang suka kebandar merayau rayau, kadang tu sebulan sekali baru aku turun. Makan pun aku beli je kat kafe..nak masak aku bukannya ada periuk lagipun undang-undang kolej tidak membenarkan pelajarnya untuk memasak. Tapi ada juga suatu waktu dahulu aku curi-curi masak, itupun bukan periuk aku, kawan serumah yang bawa dari rumah, apalagi aku join sekali la. Lupa seketika tentang cinta yang aku cari. Aku teruskan kehidupan dengan penuh pengisian yang kadangkala memenatkan namun menyimpan ribuan makna untuk aku cari ertinya dengan berpandukan ilmu yang aku miliki. Aku tahu aku bukan seorang yang matang dalam menilai sesuatu namun aku tahu sesuatu perkara itu bernilai atau tidak kerana nilai itu yang akan membawa aku kedaerah kehidupan yang membahagiakan dan kematangan itu bukan dinilai pada sikap semata-mata, banyak segi perlu dilihat untuk melihat kematangan

Hari-hari yang berlaku mengingatkan aku memori yang sukar untuk kulupuskan. Aku pernah jatuh cinta, namun lantaran kepolosan aku dalam menilai cinta, cinta yang hadir terus terbang dibawa angin lalu seperti debu-debu dijalanan sepi. Tetapi setelah sekian lama, baru aku sedar cinta itu masih bertapak disudut hatiku. Sememangnya aku cuba untuk melupuskannya tapi tiap kalinya nama dan wajah insane itu hadir dalam bayangan hayalanku. Malah ingin sekali kumasukkan wajah itu kedalam mimpi-mimpiku. Lalu aku menangis sendiri kerana aku tidak mampu untuk memiliki cinta insane itu, makin kucuba halau rasa hatiku yang tidak keruan, rasa cinta itu makin mekar didalam hatiku. Aku kembali melihat diriku, arah tujuanku, matlamatku, impianku, kenapa harus kuikutkan rasa hati yang tidak menjamin apa-apa keuntungan sedangkan aku masih mempinyai banyak tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Tidak kira apa yang kulakukan pastinya aku lakukan berpandukan petunjuk yang kupinta tiap kali usai solat. Pertolongan dariNya amat diperlukan lalu tangan ditadahkan, doa dipohon, dengan penuh rasa hiba dihati moga kemapunan yang dilampirkan buat insane lemah sepertiku yang sering alpa dengan kehidupan dunia yang bersimpang siur antara benar dan salah.

Hari ini kujejakkan kaki kegedung ilmu yang penuh dengan pelbagai ramuan santapan naluri dan minda. Perpustakaan! Ya tempat ini yang boleh melapangkan hatiku selain masjid yang kukunjungi setiap minggu untuk berbuka puasa. Masa kuhabiskan dengan memerhati gelagat manusia yang bermacam ragam penuh tipudaya dunia namun ada juga yang begitu asyik dan leka dengan buku-buku yang bertimbun, seolah ingin mendakap semua ilmu yang ada dalam dakapan kemanusiaan. Sesekali ada sahabar dan rakan taulan menegurku dan kami bicara tentang pelbagai isu dan pastinya ada terselit umpatan yang menyeronokkan untuk diperkatakan. Astaghfirullah ! aku terlupa sebentar dimana aku berada, betapa aku terlalu cepat lupa akan sesuatu. Aku kembali mengingatiNya, mohon keampunan diatas segala dosa yang dilakukan tanpa sedar. Ya ! kadang fatamorgana itu amat pandai menipu daya sehingga diriku hanyut dibawa arus kealpaan yang dicipta sendiri melalui gelak tawa yang melalaikan.

Perjalanan waktu itu amat pantas berlalu, tidak terkejar olehku dalam melangkah kaki mengharungi hidup ini. Sesekali aku terlepas waktu itu tanpa disedari olehku. Betapa ruginya aku dalam mencapai kebenaran hidup yang mendambakan kekuatan rohani dan jasmani. Tanpa kekuatan jiwa dan minda sudah pasti aku tewas oleh ujian dan dugaan yang datang mencampuri urusan hidupku. Ya! Kadang dugaan itu datang tanpa diundang, lantas membuatkan aku terpaksa menerimanya sebagai tamu yang memerlukan perhatian dan layanan yang cukup membuatkan aku terpaksa melupakan seketika hal-hal yang lain. Jika aku tidak melayannya sudah pasti aku akan menerima pelbagai dugaan lain yang datang bertimpa-timpa. Lalu aku pasrah walau aku terpaksa melenakan diri dalam deraian air mata yang tidak ingin berhenti dan terus-terusan turun yang akhirnya membanjiri seluruh hidupku. Tiada lagi tawa riang, namun senyuman tidak pernah hilang. Biar apa yang ada dalam naluriku ini menjadi rahsia hatiku sendiri. Tidak perlu aku tonjolkan dan mempersembahkan sebuah sandiwara untuk meminta belas kasihan. Biarlah aku menjadi seorang pelakon yang begitu mahir melakonkan watak yang penuh ceria sedangkan hakikatnya keceriaan itu bohong semuanya.

Aku membawa diriku untuk menziarahi sahabat yang dikasihi, aku bawa bersamaku buah tangan berupa hati yang penuh pengertian. Kudengar sahabatku dilanda kemarau panjang sehingga dirinya mengalami demam yang tidak membimbangkan. Hanya doa kusedekahkan buatnya moga dirinya dilindungi dan moga Tuhan meringankan beban yang ditanggungnya lantaran terlalu sibuk menguruskan perjalanan dunia sehingga lupa ada badan yang perlukan perhatian, ada naluri yang perlukan santapan dan ada akal yang perlukan pengisian. Bicara yang kuluahkan padanya hanyalah kata-kata dorongan bagi memberi semangat untuk terus berjuang dilandasan yang telah dipilih. Ada ramai sahabat lain yang turut memperlihatkan diri, masing-masing menyatakan rasa sedih dan mengharapkan penderitaan yang dialami oleh sahabat tadi berkurangan. Kami turut berbincang bagaimana untuk membantu sahabat yang sakit demam ini. Keputusan dicapai kami akan mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Tuhan. Hanya itu yang mampu kulakukan untuk seorang sahabat bagi menyatakan kasih sayang dan pengertian buat dirinya.

sebuah perjalanan kehidupan

Sebuah perjalanan kehidupan

Melalui jalan jalanan yang penuh onak

Merenung hiba pada sebuah derita melata

Hati berbisik memuji segala kejadian

Biar dugaan yang mengunjungi teratak jiwa

Kesabaran jua yang menjadi senjata segala

Dalam kehidupan yang dilalui

Ada tangis ada tawa yang bergema

Tiada siapa yang mampu menghalangi

Dedaunan berguguran lagi

Membawa khabar tentang sebuah cerita

Sandiwara yang terpamir didepan mata

Tersenyum ayu hati siapa yang tahu

Tangan menghulur salam jiwa merintih bergelora

Tiada lagi nilai sebuah teguran

Kerana dibatasi rasa gelodak membara

Inilah kehidupan yang diagungkan

Rembulan merenung sayu pada bumi lesu

Melihat ragam yang tak pernah berhenti

Walau malam menjelma untuk dihormati

Siang datang bersama mentari

Masih jua ia tidak mengerti tentang kehidupan

Hanya kegembiraan yang menjadi dambaan

Beginilah hidup akhir zaman

Kuinsafi apa yang kupandang

Tiada lagi suara yang menentang kezaliman

Kembalilah teman, rakan dan taulan

Hidup bukan selamanya disini

Ada alam yang lebih abadi

Bersedialah untuk kebahagiaan disana

Tinggalkan segala kepalsuan

Perjalanan kehidupan akan terhenti jua

Dan tika itu kau akan terpana tidak mengerti

Fahamilah akan sebuah dugaan

Semuanya untuk nilaian

Siapa sebenarnya dirimu

Disisi Tuhan yang maha Esa

Temuilah Dia dengan penuh iman didada

Biar syurga yang menjadi milikmu yang abadi.

Tenang aman dengan limpahan redhaNya

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

DALAM DUNIA INI KITA KITA TIDAK PUNYA SIAPA,

KECUALI DIRI SENDIRI……….

TRTAPI….

DALAM KITA BERSENDIRIAN KITA BERUNTUNG

KERANA…..

MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI KITA

SEBAGAIMANA KITA MENGHARAPKAN KEIKHLASAN

DAN KEJUJURAN SEORANG SAHABAT,

BEGITU JUGA DIA……..

TETAPI KITA SERING TERLUPA AKAN HAL ITU.

KITA CUMA MENGAMBIL TAHU TENTANG HARAPAN DAN PERASAAN KITA SAHAJA.

KITA RASA DIKHIANATI BILA DIA TIDAK MENEPATI JANJINYA.

KITA TIDAK MEMBERI DIA PELUANG UNTUK DIA MENERANGKAN KEADAANNYA.

BAGI KITA,

ITU ADALAH ALASANNYA UNTUK MENUTUP KESILAPAN

DAN MEMBELA DIRI.

KITA JUGA PERNAH MEMBIARKAN DIA TERNANTI-NANTI KERANA KITA JUGA ADA JANJI YANG TIDAK DITEPATI.

KITA BERI BERIBU ALASAN SEOLAH MEMAKSA DIA MENERIMA ALASAN KITA.

WAKTU ITU,

TERFIKIRKAH KITA PERASAANNYA…..?

SEPERTI KITA JUGA ,

DIA JUGA TAHU RASA KECEWA

TETAPI KITA SERING TERLUPA.

UNTUNGNYA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT

YANG SENTIASA MEMAHAMI .

YANG SELALU BERADA DISISI PADA WAKTU KITA MEMERLUKANNYA .

DIA MENDENGAR LUAHAN PERASAAN KITA,

SEGALA RASA KECEWA DAN KETAKUTAN.

HARAPAN DAN IMPIAN KITA JUGA DILUAHKAN.

DIA MEMBERI LALUAN SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH. SELALUNYA KITA TERLALU ASYIK MENCERITAKAN

TENTANG DIRI KITA

SEHINGGA KADANG-KADANG KITA TERLUPA

SAHABAT KITA JUGA ADA CERITA

YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA KITA .

PERNAHKAH KITA MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MENCERITAKAN TENTANG RASA BIMBANGNYA,

RASA TAKUTNYA?..

SEBAGAIMANA DIA PERNAH MENYABARKAN KITA.

IKHLASKAH KITA MENDENGAR TENTANG KEJAYAAN

DAN BERITA GEMBIRANYA ?..

MAMPUKAN KITA MENJADI SUMBER KEKUATANNYA SEPERTIMANA DIA MENIUP SEMANGAT SETIAP KALI KITA RASA KECEWA DAN MENYERAH KALAH ?..

DAPATKAH KITA YAKINKAN DIA YANG KITA BOLEH DIPERCAYAI…

KITA BOLEH DIJADIKAN TEMPAT UNTUK BERSANDAR BILA TERASA LEMAH..

AGAR TIDAK REBAH…..

BOLEHKAH KITA MENJADI BAHU

UNTUK DIA BERSANDAR HARAPAN ?? ,,..

SESEKALI JADILAH SAHABAT YANG MENDENGAR

DARI YANG HANYA BERCERITA…

AMBILLAH MASA UTUK MEMAHAMI HATI

DAN PERASAAN SAHABAT….

KERANA DIA JUGA SEORANG MANUSIA, DIA JUGA ADA RASA TAKUT , ADA RASA BIMBANG , SEDIH DAN KECEWA.

DIA JUGA ADA KELEMAHAN

DAN MEMERLUKAN SEORANG SAHABAT…..

SEBAGAI KEKUATAN …

JADILAH KITA SAHABAT ITU…..

KITA SELALU MELIHAT DIA KETAWA,

TETAPI MUNGKIN SEBENARNYA DIA TIDAK SETABAH

YANG KITA SANGKAKAN.

DISEBALIK SENYUMANNYA MUNGKIN BANYAK CERITA SEDIH YANG INGIN DILUAHKAN.

DISEBALIK KESENANGANNYA MUNGKIN TERSIMPAN

SERIBU KEKALUTAN..

TERLUKIS DI WAJAHNYA SERUMPUN KERIANGAN,

TERGAMBAR JUA SEBUAH KETENANGAN ,

NAMUN TAK SIAPA YANG TAHU

RAHSIA YANG ADA DIDALAM HATINYA….

TETAPI….

JIKA KITA CUBA MENJADI SAHABAT SEPERTINYA,

MUNGKIN KITA AKAN TAHU……..

APA JUA YANG TERJADI ITU TELAH DITENTUKAN …

BEGITU JUA DENGAN PERTEMUAN KITA DENGAN DIA

MUNGKIN PERTEMUAN INI ADALAH YANG TERBAIK

DAN YANG PALING MEMBERI KETENANGAN

WALAUPUN DIHARI MENDATANG PASTI

AKAN TERJADI PERPISAHAN..

NAMUN.. …

HUBUNGAN PERSAHABATAN AKAN TERUS KEKAL

JIKA KITA DAPAT MENJADI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI

DAN JADILAH SEORANG SAHABAT YANG BOLEH MENJADI PEMBIMBING

DAN PENOLONG PADA DIRINYA

SEBAGAIMANA DIA MENJADI PEMBIMBING DAN PENOLONG

PADA DIRI KITA………

Cebisan Bicara Buat Seorang Sahabat

Sahabat….

Dalam meniti kehidupan

dimaya fana

Perlu ada kekuatan dalam segalanya

Hidup ini banyak pancaroba

Dan kadangkala hadir fatamorgana

Yang terus-terusan menipu daya

Janganlah kau turut terpedaya

Dengan sebuah kata-kata

Yang mencemar didalam dada

Kerana disitu adanya

tersirat makna

Hati yang rawan pasti kan tertawan akhirnya

Sahabat….

Perjuangan tidak mengenal

erti kepenatan

Lemparkan putus asa

jauh dari pandangan

Jangan biarkan kecewa mengambil peranan

Sujud dan bertasbihlah

pada Tuhan

Pabila jiwamu makin terasa kelam dan hitam

Jernihkan kembali jika ada kekeruhan

Kata hati jangan diturut perasaan

Jalan dijalanan ini masih panjang

Ingatlah ini adalah sebuah kehidupan

Tanpa ujian hidupmu tiada kemanisan

Sahabat…….

Kita berada dibawah panji yang sama

Menegakkan islam menjadi matlamat utama

Namun masa mencemburui saat gembira

Lalu ia memisahkan kita dilainan benua

Namun kita masih dibumi yang sama

Perjuangan kita teruskan jua

Berjauhan bukan bermakna terpisah segala

Kerana persahabatan bukan pada sebuah perkataan Cuma

Tetapi ia tersimpan disudut yang sukar diteroka

Dan payah untuk dijelaskan dengan kata bicara

Sahabat….

Andai perpisahan ini memisahkan kita dari pandangan

Ingatlah dihati masih ada kenangan

Sebuah pertemuan penuh pengertian

Bertemu dalam kegembiraan

Berpisah biarlah dalam ketenangan

Biar pun kita berjauhan

Jangan jadikan ia alasan

Untuk berpaling dari perjuangan

Doaku dari kejauhan tetap jua akan dikirimkan

Pada doa yang tersembunyi jauh dilubuk perasaan


BINGKISAN SEBUAH PERJALANAN DIPELANTAR WAKTU

DALAM HIDUP INI BANYAK HALANGAN DAN RINTANGAN YANG PERLU DILALUI. DENGAN ADANYA HALANGAN DAN RINTANGAN YANG MERENTANGI PERJALANAN HIDUP KITA, KITA AKAN LEBIH BERANI MENEMPUH APA JUA PADA MASA AKAN DATANG, NAMUN TIDAK HARUS DILUPA BAHAWA KITA PERLU BERMOHON PADANYA YANG ESA AGAR MEREDHAI PERJALANAN HIDUP KITA DENGAN MEMELIHARA DIRI KITA DARI MELAKUKAN PERBUATAN KEJI .

BANYAK GODAAN YANG MELINTANG DIHADAPAN KITA SEHINGGA KADANG-KADANG KITA TERIKUT DENGAN ARUS DUNIA YANG PELBAGAI RAGAM INI, LALU KITA TERASING DIDAERAH SENDIRI DENGAN RASA KEKESALAN. ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG , POHONLAH KEAMPUANAN JIKA MELAKUKAN KESILAPAN, MINTALAH PERTOLONGAN DARINYA JIKA KITA BERADA DALAM KESUSAHAN DAN BERSYUKURLAH DENGAN KURNIAAN YANG TIDAK TERHINGGA YANG DIBERI KEPADA KITA.

HANYA DIA TIADA YANG LAIN BOLEH MEMBANTU DAN MENOLONG DIRI KITA. LETAKKANLAH PERGANTUNGAN PADA ALLAH SWT. KITA TIDAK AKAN MERASA TERABAI. BERJALANLAH DIATAS MUKA BUMI INI DENGAN MELALUI JALAN YANG MUNUJU KEREDHAANNYA. BERJUANG DAN TERKORBAN ITULAH YANG DISUKAI OLEHNYA.. JALAN HIDUP INI MASIH JAUH UNTUK KITA TEROKAI. TERUSKANLAH LANGKAH KAKI MENUJU DAERAH YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.

Ahad, 4 April 2010

keinsafan

Semalam yang berlalu , meninggalkan memori yang cukup memedihkan. Ingin kulupakan segalanya dan membina hidup baru dengan penuh keinsafan. Ada sedu dihatiku, mengenangkan diri yang penuh kekhilafan. Ingin ku ulangi detik indah yang pernah tercipta dahulu namun ku dibayangi dengan memori yang menyakitkan. Satu saat yang berlalu ,dan saat itu terus berlalu. Aku masih disini mencipta mimpi yang tak pasti. Indahnya impian yang hadir disudut benak sanubariku. Hakikatnya kenyataan yang hadir penuh liku yang mengujakan. Sesiapun akan teruja untuk membentuk jati diri, membina kekayaan duniawi, berdiri megah diatas pentas kehidupan. Tapi aku seolah terus bermimpi untuk mencapai apa yang diimpi. Tak tahu dimana silapku sehingga aku gagal membina kerjaya impianku. Impian tinggal impian. Yang ada didepan mata pun aku gagal menghadapinya. Semangat yang hilang ,sukar untuk kutemui kembali.

Hari ini yang penuh warna warni kegemilangan, mampukah aku terus berdiri mencari hakikat diri yang hilang bersama memori itu. Kupandang wajahku yang kian ditelan usia. Usia yang menginjak dan terus menginjak kesuatu detik sakaratulmaut yang entah bila akan menjemputku. Ingin sekali aku mengecapi kehidupan ini dengan penuh ketenangan sebelum mata terkatup rapat dan badan dibungkusi kapan putih lalu ditidurkan mengiring dalam tanah.

Matlamat hidupku hanya satu ingin mencari redha Allah dalam setiap perbuatan dan pekerjaan yang aku lakukan. Aku hanya manuasia biasa yang tidak dapat lari melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak mahu lakukan, namun ia berlaku jua kerana desakan nafsu yang tidak dapat dikawal. Mungkin kerana amalku yang sedikit lalu aku gagal jadi nakhoda pada nafsuku sendiri. Atau aku tidak cukup ikhlas melakukan semua perkara didunia ini. Atau juga Allah menguji keimanan aku dengan mendatangkan nafsu yang itu untuk aku tangani dengan penuh kesabaran. Bukan mudah untuk mengawal nafsu sendiri, walau akal cukup sihat untuk menentang perbuatan nafsu tapi nafsu cukup hebat menyelusuri darah dan saraf mencari kelemahan diri, lalu diri tak mampu mengikut kata akal. Nafsu yang ditelunjuki oleh syaitan, dan syaitan yang menjadi guru nafsu.

Kembali pada Allah itu yang sebaiknya. Aku kesali segala pebuatan yang dimurkai oleh Allah. Aku taubat, aku ingin dekat dan dekat dengan Allah. Aku tahu apa jua jalan hidupku , semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Ya Allah ! ampunilah segala dosaku, aku ini sangat jahil tentang kehidupan, aku selalu membuat engkau murka. Tunjukkan aku jalan yang benar , agar aku dapat membina kembali diriku dan akhirnya aku kembali paduMu dengan keimanan yang sepenuhnya.

Akan aku bina istana keimanan, ditanah indah berpagarkan kesabaran, ada keazaman ditaman keinsafan. Hanya redha kucari kugali dalam setiap amal dan perbuatan. Semoga segalanya ditunjangi agama islam yang syumul. Aku akan terus berjuang , berjuang dan berjuang menegakkan kebenaran. Hanya Allah jadi tempat pergantungan, mohon diri diredhai, aku yang lemah dan hina akan terus bermohon kerana aku tak mampu untuk teruskan tanpa pertolongan dari Allah yang maha esa.